Monday, April 19, 2010

Mintak Maaf Semua

Assalamualaikum...

Gua nak mintak maaf sangat-sangat sebab lama tak update blog ni. Gua bukan ape, terlampau banyak kekangan pada gua untuk melayari internet dengan tenteram sejak dua menjak ni. dah bersawang dah blog ni, gajah dan unta pun dah beranak pinak dalam blog ni..

***

Sekarang ni tangah study week, maklum la dah nak final. Gua harap final semester ni gua boleh pecah tradisi dapat result gempak dari ladang. Kalau result gua OK semester ni, gua ingat nak pergi melancung kat korea. Orang cakap nasi lemak kat sana sedap, tak tahu la sebab orang cakap-cakap la..

***

Apa-apa pun, gua harap sapa yng melawat blog ni harap mendoakan kejayaaan gua dalam final. Nanti bila keluar result OK, gua bawa semua sekali pergi korea dengan gua. Gua tengah pening kepala ni, study banyak sangat sampai pengsan gua atas meja semalam, tapi gua steady lagi pegang buku Fluid Mechanis belah tangan kanan.



Nota kaki: wish me luck k ^^

Wednesday, March 10, 2010

Kem Jati Diri

Dengar je perkataan 'kem jati diri', perasaan gua dah gusar dan gundah gulana. Gua Bukan ape, gua cuma rasa aktiviti seperti ini patut dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah atau menengah sahaja. Gua bukan bermaksud nak berdikriminasi pada mana-mana pihak. Gua cuma lontarkan sedikit idea yang agak bernas dari gua.

Terdetiknya gua nak tulis blog tentang kem jati diri ni sebab fakulti gua akan buat pogram ni minggu depan. Tu gua xtak ambil port la, yang gua panas sekarang ni gua pun terlibat. Adakah patut? Gua rasa pihak fakulti ni tak patut libatkan gua dalam pogram seperti ini.

Pogram macam ni gua rasa patut bagi pada budak-budak yang baru nak up. gua rasa jati diri gua dah cukup mantap dari luaran dan dalaman. Kalau nak diukur kekuatan jati diri gua, sampai gunung tahan pun tak tahan dengan gua.

***

"next week kamu semua akan terlibat dalam pogram ni ye!" kata pensyarah gua sambil betulkan tudung.

"mana boleh miss, kiteorang sangat busy minggu ni dan minggu depan" jawab gua dengan nada lembut.

" nak atau tidak kamu diwajibkan paham!" dengan pantas pensyarah gua jawab.


Gua dah panas hati dah. kalau nak ikutkan memang balik tak bermulut pensyarah gua tu. tapi gua stay cool sambil tumbuk meja. Memang tak patut perkara macam ni berlaku. Gua rasa perkara macam patut dipantau oleh ahli-ahli senat Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. jangan sampai gua buat rusuhan besar-besaran depan pos pengawal. Baru dieorang tahu kuasa hak sebenar seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Gua harap perkara seperti ni akan berjaya disekat secepat mungkin. Jangan sampai gua talipon Dato' Najib suruh turun padang.

Saturday, March 6, 2010

Saturday

Hari ini hari sabtu. Hari yang paling tenang. hari sabtu ni juga gua bileh tido lama sikit. gua pun tak tahu nak tulis apa lagi ni.

Paling penting malam ni gua nak Saturday Night Fever. Siapa rasa dia ada perasaan macam gua, jangan pendam kemas, lepaskan aje. Join gua malam ni.

Friday, February 19, 2010

Selamat sampai

Hari ni alhamdulillah sebab gua dah selamat sampai kat kampus uitm gua. Memang mencabar perjalanan gua dari rumah sampai kesini. Gua bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Gua gerak sorang naik vespa gua, gua berlagak steady masa tu.

Sampai kat muadzam shah member gua ada standby tunggu nak follow sama. Start dari muadzam gua rembat 2 orang je, gua naik vespa dan member gua naik EX5. Gua lari 1 jam je sampai Gambang.

Pastu gua masuk highway sebab gua nek try superman atas highway sebab ramai budak-budak rempit cakap feeling abis kalau tiarap atas highway. Gua lari 180km/h dengan vespa gua. Gua buat muka garang time tu tapi dalam hati debar-debar jugak. Ramai orang tengok gua masa tu, gua buat relax je. Memang steady gua masa tu.

***

Akhirnya gua sampai kat kampus, masa tu jam 2 petang, gua ikut jalan post B sebab gua ingat nak masuk kampus ikut gate post B kampus gua. Bila dah nak sampai je, relax je Mak Guard tutup pintu pagar, padahal dia nampak gua nak masuk. Dalam hati gua memang nak bagi penampar je tapi gua pendam kemas perasaan tu. Gua U-turn semula ikut gate utama. Sampai je kat kolej kediaman gua, gua parking vespa gua. Sempat jugak gua snap gambar 2 3 keping untuk buat kenangan.

Yang penting, vespa gua tak ada problem langsung, steady je 180km/h.


Thursday, February 18, 2010

Kembali pulang

Tadi gua dah settle servis kaburator vespa gua. Minyak hitam pun gua dah tukar. Air tayar pun gua nak pam. Body vespa gua dah polish sampai kilat.

Esok gua gerak balik kampu semula jam 9 pagi. Gua ingat nak lari 180 km/h kat ats highway. Biar kuda putih polis terpegun tengok gua pecut.

Gua tak puas hati

Malam ni gua terlihat gambar kat facebook member gua. Gambar ni betul-betul buat hati gua marah. Gua rasa macam nak kutip je mamat tu.


Gua buukan nak berdendam, tapi mamat ni dah melampau sangat. Gua nak cerita story tentang ni tak boleh sebab agak peribadi. Gua ingat gua nak basuh muka nak mengucap banyak untuk buat hati gua tenang.


Kalau sampai esok tak tenang juga, gua turun temerloh kutip mamat ni.

Benda sama

Hari-hari perkara yang gua lakukan semuanya sama. Start dari gua bangun tido sampai la gua tido semula. Kadang-kadang gua rasa macam dah setting sume benda yang gua buat sama je.

Gua nak juga cari lain dari yang lain. Gua ingat gua nak daki Gunung Ledang esok. Kalau ada masa free lagi gua ingat nak tawan gunung Tahan pula. Tengok esok gua steady atau tak.

Wednesday, February 17, 2010

Bosan

Bila gua ada kat kampus, rasa macam nak balik rumah pulak. Bila dah balik rumah, rasa macam nak balik kampus pulak. Gua pun pening. Duduk kat rumah ni bosan pulak gua rasa. Hari-hari kena sound suruh pergi beli sayur. Kadang-kadang jiwa ni membara juga.

Dah 6 hari gua tersadai kat rumah, rasa macam gua tengah practical enjin kapal pula rasanya. Gua ingat gua nak cat rumah gua ni untuk hilang bosan. Tak pun gua buat kolam renang kat depan rumah.

Cita-cita


Masa sekolah dulu banyak kali cikgu tanya gua nak jadi apa bila besar nanti. Gua ingat nak jadi angkasawan la, sebab bapak gua dah belikan baju macam brader ni pakai tapi brand Topman la.

Tuesday, February 16, 2010

Cikgu Sekolah

Petang tadi gua minum-minum dengan member gua. Banyak hal-hal lama yang berbangkit dibualkan. kebetulan datang member gua ni, dia baru balik cuti.

" Bila aok balik ni? Gampang tol, tak cakap kat koi pun." Gua tanya dengan pantas.

" Baru semalam koi sampai, koi letih semalam jadi tak sempat nak cakap ". jawab nya dengan relax.



Dah lama berbual, baru gua tahu dia dah jadi cikgu sekolah. Gua tergelak sakan kat atas meja. Gua cakap kat dia yang jadi cikgu sekolah tak ganas, takde power.

Dengan selamba member gua cakap,
" Minggu lepas nyaris koi gantung student atas kipas, kuang ajo btol, pnas koi."


Semua senyap kat meja. Dalam hati gua, memang brutal jadi cikgu ni sampai nak gantung budak.
Lepas ni gua nak anak gua akan datang jadi cikgu.