Wednesday, March 10, 2010

Kem Jati Diri

Dengar je perkataan 'kem jati diri', perasaan gua dah gusar dan gundah gulana. Gua Bukan ape, gua cuma rasa aktiviti seperti ini patut dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah atau menengah sahaja. Gua bukan bermaksud nak berdikriminasi pada mana-mana pihak. Gua cuma lontarkan sedikit idea yang agak bernas dari gua.

Terdetiknya gua nak tulis blog tentang kem jati diri ni sebab fakulti gua akan buat pogram ni minggu depan. Tu gua xtak ambil port la, yang gua panas sekarang ni gua pun terlibat. Adakah patut? Gua rasa pihak fakulti ni tak patut libatkan gua dalam pogram seperti ini.

Pogram macam ni gua rasa patut bagi pada budak-budak yang baru nak up. gua rasa jati diri gua dah cukup mantap dari luaran dan dalaman. Kalau nak diukur kekuatan jati diri gua, sampai gunung tahan pun tak tahan dengan gua.

***

"next week kamu semua akan terlibat dalam pogram ni ye!" kata pensyarah gua sambil betulkan tudung.

"mana boleh miss, kiteorang sangat busy minggu ni dan minggu depan" jawab gua dengan nada lembut.

" nak atau tidak kamu diwajibkan paham!" dengan pantas pensyarah gua jawab.


Gua dah panas hati dah. kalau nak ikutkan memang balik tak bermulut pensyarah gua tu. tapi gua stay cool sambil tumbuk meja. Memang tak patut perkara macam ni berlaku. Gua rasa perkara macam patut dipantau oleh ahli-ahli senat Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. jangan sampai gua buat rusuhan besar-besaran depan pos pengawal. Baru dieorang tahu kuasa hak sebenar seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Gua harap perkara seperti ni akan berjaya disekat secepat mungkin. Jangan sampai gua talipon Dato' Najib suruh turun padang.

Saturday, March 6, 2010

Saturday

Hari ini hari sabtu. Hari yang paling tenang. hari sabtu ni juga gua bileh tido lama sikit. gua pun tak tahu nak tulis apa lagi ni.

Paling penting malam ni gua nak Saturday Night Fever. Siapa rasa dia ada perasaan macam gua, jangan pendam kemas, lepaskan aje. Join gua malam ni.