Thursday, January 28, 2010

Malam Berkat

Malam ni malam jumaat. Orang tua-tua cakap malam jumaat adalah malam yang paling baik. Mesti ramai orang yang sedang baca yaasin dan al-quran malam ni. Gua ingat nak beramal sikit la malam ni. mudah-mudahan hidup akan dirahmati.

Tapi member gua masih tak balik lagi dari karoake. Gua harap diaorang akan ikut jejak langkah gua walaupun untuk sehari je gua berubah. Kalau ikutkan hati, tiap-tiap malam gua nak duk berzikir dalam masjid. baru gua boleh join gerakan islamiah.

Dan yang paling penting, gua harap malam ni gua dapat mimpi indah. Harap-harap mimpi khawin dengan puteri raja, kalau bukan puteri, Nora Danish pun boleh la.

Saturday, January 23, 2010

Seawal mana?

Hari ni gua bangun awal. Mungkin sebab azam yang selama ni gua inginkan sudah datang di lubuk hati gua. Tapi seawal-awal gua, ada lagi yang awal. Gua tak tahu la ape azam dia. Tapi tak heran la sebab awal pagi gua pukul 1.00 tengahari.

Yang paling penting sekarang, gua nak pergi cari ayam masak kurma dan telur masin. kalau gua tak jumpa, gua sanggup turun Singapore cari sampai dapat.

Penadol

Malam ni gua tak tahu berapa banyak penadol extend gua dah telan. Ada dalam 10 biji rasanya. kepala pun dah naik macam rasa tengah bawa Hayabusa 250 km/h. Bukan apa, sejak dua menjak ni gua sakit pinggang dan peha, mungkin sebab gua tranning ragbi kot. maklum la, Carter asyik mesej gua suruh turun padang. Kalau ikutkan hati gua nak bagi kasut but total 90 warna hijau je kat kepala.

Sampai saat ni gua masih lagi sakit-sakit. gua harap ada dayang-dayang yang datang untuk urut badan gua.

Wednesday, January 20, 2010

.: adakah berbahaya? :.

Barangkali semua aksi-aksi yang berbahaya mungkin membawa kepada kematian. Bagi gua semua ni tidak berbahaya. Ini kerana, gua tengok sendiri dengan mata gua, member gua ok je lepas terjun dari tingkat empat kolej kediaman gua ni.

Bunyi macam bom zaman Jepun dulu, tapi gua tengok dia steady je bangun. Gua tanya la kat dia ada sakit-sakit tak, member gua senyap je sambil tangan bergetar. Gua faham dah. gua ingat kalau member gua tu tak bernyawa, gua nak campak kat pantai depan kampus gua ni.

Monday, January 18, 2010

.: semangat yang hilang :.

Malam-malam macam ni memang best kalau pekena teh tarik atau tongkat ali tarik. Tapi malam ni gua rasa tak sedap badan la, mungkin sebab gua buat 5 'try' tadi masa trainning ragbi. gua harap malam ni gua ade semangat nak study.

Kalau gua tak ada semangat juga malam ni, terpaksa la gua cari gitar kapok lepas tu ketuk kepala member gua. Kalau tak pon, gua pergi basuh vespa gua kat tengah padang. harap-harap pak guard tak nampak gua, kalau kantoi memang makan penyepak gua malam ni.

Wednesday, January 13, 2010

.: Stay Cool :.

Malam tadi gua dah suruh member-member call gua jam 5.30 pagi. Gua ingat nak buat sembahyang sunat sikit sebelum ke kelas. Tapi gua nak bangun sebab pagi ni gua ada kelas, untuk tidak mendapat masalah untuk hadir, gua roger member gua suruh kejut gua pagi ni. Tidak cukup lagi dengan taktik tu, gua kunci 2 jam loceng betul-betul kat gegendang telinga gua. Gua ingat kalau salah 1 bunyi, secara automatic gua lari 100m pecut ke bilik mandi. Tak pun gua slow jog pergi mandi. Mandi itu wajib.

Dong! Dang! Ding! Ding!....

Gua ingat jam loceng gua bunyi, tapi pintu bilik gua yang bunyi. Marah betol gua, gua rase nak bagi pelempang je bila gua buka pintu. Bila gua buka je, member gua dah maki hamun gua. Dia marah gua sebab tak pergi kelas. Gua rilex lagi, stay cool je macam slash tengah goring lagu DON’T CRY. Gua capai pall mall biru gua, gua hisap. Gua yang dalam keadaan rilex buat tak tahu je, seolah0olah tiada apa yang berlaku.

Gua cakap, bukan gua tak pergi tapi gerak hati gua cakap kelas batal hari ni. Gua hulur pall mall sebatang dan gua terus tido.

Sunday, January 3, 2010

.: Dah 4 hari tapi masih tak sampai-sampai :.



Dalam banyak-banyak barang yang gua ada, gua paling sayang vespa gua. bagi gua vespa gua ni macam makwe atau bini gua dah. gua sayang bangat bak kata orang indonesia. Memandang orang tua gua yang tak percaya kemampuan vespa gua ni, diaorang membuat keputusan untuk pos vespa gua ke dungun (UITM, tempat gua belajar sekarang). Bila diaorang cakap macam tu, gua dah resah dah. Tapi sebab masa cuti semester lepas gua banyak wat hal kat umah, jadi gua tak berani nak bantah la, bukan apa, gua malas nanti tak pasal-pasal gua kene ceramah free.

Gua rasa macam nak nangis pon ada, tapi gua kan lelaki sejati yang tabah, jadi gua tahan air mata gua. Dah macam drama korea pula gua rasa. Lepas tu, orang tua gua bagi gua RM211.00 untuk pos vespa gua guna SKY NET. 31/12/10 gua pun bawa vespa gua ke muadzam shah untuk pos, dalam perjalanan gua sedih macam laki mati bini pulak rasa. bukan apa, gua takut vespa gua jahanam je kalau pos. Macam-macam pemikiran gampang yang menghantui gua masa tu. gua rilex lagi. Dalam pukul 12.00 tengahari gua sampai kat pejabat SKY NET. Berjuta kali gua fikir nak pos atau tak. Tengah-tengah gua fikir, gua terbayang gua kene tendang kat perut oleh bapak gua sebab tak pos vespa gua tu. laju macam ferrari gua masuk dalam pejabat tu.

Bila dah selesai buat bayaran, gua cakap kat awek cun yang keje kat situ.

" ni vespa, bukan motor biasa, nak koi tunjukkan kat aok tempat kunci tak? nanti takut aok tak tahu pula."

Awek tu jawab dengan selamba je," eh, tak pe la, nanti pandai la orang yang nak angkat vespa aok tu"

Gua bengang la sebab awek tu tak layan gua, gua rasa macam nak side kick je tengkok awek tu.
Lepas tu gua pegi minum kat kedai. Gua order tongkat ali ais, awek yang ambil order tu cakap tak ada tongkat ali, lepas tu dia syorkan gua kacip fatimah ais pula, gua panas je. Gua bukan nak ketatkan, gua nak kuat kan. Nyaris-nyaris awek tu makan kasut converse putih gua. Lepas dah kenyang makan roti canai double banjir, gua terus balik rumah.

Bila sampai je kat rumah gua, dan-dan je time gua tengah bukak tali kasut ada orang call gua.
" hallo, ni encik khairul ke?" suara yang jarang gua dengar tanya kat gua.
" iye, ni saya, ada apa?" gua jawab dengan matang nya.
" macam nak start vespa ni?" dengan nada gelabah mamat ni tanya.

Time dengar soalan ni, gua dah panas betul. Bukan apa, masa gua hantar tadi, awek yang keje kat sini berlagak betul tak nak gua ajar cara nak start, ni menyusahkan gua pula. Mamat yang talifon gua pun satu, takkan vespa pon tak tahu macam mane nak bawa, memang mamat tu bukan lelaki sejati. Lepas tu gu bagi arahan kat mamt tu cara naka start, nak masuk gear dan sume sekali la. 15 minit gua ambil masa untuk mamt tu dapat bawak vespa gua. kalau vespa gua jahanam mamat tu buat, memang mamat tu tinggal kat bilik mayat la lepas ni.

1/1/10 gua naik bas balik dungun. bila naik je bas gua harap dapat duduk sebelah awek tapi gua dapat duduk sebelah pak cik yang baru lepas pencen. Dalam bas tu penat gua layan orang tua ni. banyak betul soalan yang di tanya. Ikut hati gua nak je bagi microfon kat orang tua tu. Nasib baik gua tertinggal.

Bila sampai kat dungun je hujan lebat. Habis beg bagasi gua basah, abis gua punye ps3 kat dalam beg tu. Nasib baik member gua ada masa tu. Member gua ambil gua naik kereta. Gua ingat dia bawa skyline ambil gua tapi israwa yang datang. gua cakap kat dia bila dah dapat duit ptptn nanti suruh tukar skyline. Gua masih terbayang-bayang vespa gua. Harap vespa gua tak jahanam.

Esok nya gua talifon SKY NET, harap-harap vespa gua dah sampai. tak sampai lagi vespa gua. gua dah susah hati tapi gua rilex lagi. esok nya pula gua talifon lagi. tak sampai lagi juga vespa gua. persaan gua dah bengang gila dah tapi gua tahan je dalam hati gua ni. Pagi ni gua talifon, tapi tak sampai lagi, gua betul-betul tak boleh tahan dah. Gua capai kunci rxz member gua, gua terus pegi bandar dungun. Gua ckap kalau tak sampai lagi memang gua bagi penangan kat pekerja SKY NET tu kejap lagi. Sampai je kat pejabat SKY NET, gua tak jadi nak bagi penagan sebab awek yang kerja kat situ lagi lawa daripada awek yang kerja kat tempat gua. Gua slow talk dengan awek tu, dia cakap vespa gua ada dekat kuala lumpur lagi. Esok baru sampai. 4 hari gua tunggu tapi tak sampai-sampai. nasib baik awek tu suara manja, jadi gua jadi rilex. dengan nada gentleman gua cakap dengan dia.

Lepas tu gua start rxz terus balik uitm, on the way nak balik gua menyesal pulak tak mintak nombor awk tadi. Gua nak patah balik je, nasib baik member gua nak pakai motor. Kalau tak memang berstatus bercinta la gua hari ni.

Tapi gua rasa tak sedap hati je sampai sekarang sebab vespa gua tak sampai-sampai lagi.
Gua harap vespa gua dalam keadaan elok bila sampai dungun. Kalau ada calar kat vespa gua, memang gua jadi tentera Osama Ladin pergi serang SKY NET.


Saturday, January 2, 2010

.: perjalanan kembali bermula :.

semester baru dah bermula...
harap-harap semester ni akan menjadi lebih baik...
semester-semester lepas gua jado tak tentu harah, terumbang ambing hidup gua...
pelajaran gua pon tak tahu nak explain macam mane lagi...

sebab tu gua harap semester ni akan bertambah baik...
harap yang lepas akan menjadi pedoman dan pengalaman buat aku...

good luck khairul azwan!!!!