Tuesday, October 1, 2013

Esok Kerja

Esok gua masuk shift pagi. Sharp jam 0700 gua dah terpacak depan guard abang polis bantuan. Sebut pasal kerja shift, ramai yang tak tahu konsep shift ni.

Sebab dah ramai gua perhati, bila sebut shift je ingat gua bangla kontrak. Jadah naharom.

Nanti la gua sambung cerita, rumah blackout pulak. 

Saturday, September 28, 2013

Shift Malam

Kerja shift malam ni kalau tak ada kerja memang tenang. Bak kata boleh bercucuk tanam la senang. Tapi kalau 1 kerja datang, siap la. Jadi buruh kasar gua jadi. Siap hari bulan sampai pagi gua duduk bawah tank ni. 

Mat Yo Ohh Mat Yo

Ramai dah bising-bising pasal mat yo dan bini dia ni. Yang gua hairan ni, kenapa sampai pemain JDT kena jugak. HAHAHA. Malaysian, we state the obvious.

Zaman Dah Berubah

Dulu gua budak-budak belajar. Sekarang gua dah bekerjaya. Memang semua dah lain. Sampai minyak petrol pun dah lain harga.

Wednesday, November 30, 2011

Salam

Wah.. Dah berkurun gua tak update blog ni. Kesian2 gua pada blog ni. kepada yang visit gua mintak maaf banyak. Manti hujung bulan gua belanja teh o ais ok..

Thursday, March 10, 2011

Pidato

Gua dah fikir masak-masak. Lepas ni gua nak berubah jadi seorang pidato terkemuka. Gua nak tengok jauh mana gua boleh pergi dalam dunia pidato ni.

Wednesday, March 9, 2011

Sory Dude!!

Gua rasa dah 35 tahun gua tak on dan update blog gua ni. gua bukan apa, sejak dua menjak ni, gua banyak sangat kerja nak kena buat, maklumlah pelajar katakan. hari ni gua terlintas nak post gua rasa macam ade somrthing wrong je selama ni.

3 hari lepas, member-member gua sibuk bercerita pasal blog. blog itu la blog ini lah. diaorang sembang punya la melantun, gua duduk tepi pasang telinga jugak. Ada yang cakap blog ni best, ramai orang buat untuk itu la, bla bla bla bla.....

Memang lebat sembang tu, gua dengar dari tadi. gua senyum nipis je. Gua angkat tangan mintak kira order makanan, pastu gua bangun angkat kaki. Dalam hati gua mula-mula je semangat tulis blog, pastu padam.


Thursday, November 25, 2010

.: Tajuk :.

Gua sebenarnya tak tahu apa nak di pos kan kat blog ni. Gua nak letak cerita hantu macam tak ngam, gua nak letak serita jiwang lari tajuk pula kang. Kadang-kadang gua rasa nak letak album gambar gua dari start gua kenal ABC. Baru kenal dunia orang tua-tua cakap.

Monday, November 8, 2010

.: Burung Hantu :.

Aktiviti gua sehari selepas paper final memang macam ni la, jadi burung hantu. Gua bukan terbang merayap atau fly macam waktu sekolah menengah dulu. Gua tak tido semalam. Gua jarang terpengaruh aktiviti2aktivi tak tido malam macam ni, tapi sellem dan chong ni yang menjadi batu api supaya gua tewas.

Semalam gua, sellem, dan chong berbual kosong. Topik masa depan dan berapa orang anak adalah topik yang selalu dibangkitkan oleh Sellem, bagi Chong pula, topik kawin empat selalu di usulnya. Gua dah pening kepala melayan karenah dua ekor budak ni. Tapi gua maintain steady je, gua layan cerita dieorang sampai dengan gua sekali tido tepi dinding.



p/s: Gua ingat kalau malam esok jadi macam ni lagi, gua order tongkat ali untuk tahan. Tak pun gua lempang sorang-sorang 0.o

Saturday, November 6, 2010

.: Malam Aneh :.

Malam ni memang aneh. Sellem dan Chong study bersungguh-sungguh. Tak pernah jadi macam ni. Gua ingat nak sepak sorang-sorang baru sedar.