Friday, September 17, 2010

.: Salam Lebaran :.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin

Saturday, June 19, 2010

.: Jari Telunjuk :.

Hari ini memang ajaib sebab gua bangun awal jam 9 pagi.. selama ini gua bangun paling awal pun pukul 2 petang.. Memang macam ni gua punye jadual..


Pagi tadi gua bangun awal sebab gua ada misi penting, bukan calang-calang oranG yang booleh laksanakan misi ini.. dengan membekalkan segala kelengkapan yang mantap, gua terus menjalankan misi gua dengan pantas..


***


Setelah hampir 90% misi itu dilaksanakan, jari telunjuk gua terhentak kemalangan yang ngeri... laungan merdu pantas gua lontarkan dengan spontan nya.. diiringan dengan esakan dan usapan laungan itu semakin rendah picthing nya..


Walaupun perit, gua masih steady meneruskan misi ini walaupun tenaga gua hampir separuh hilang akibat menahan keperitan ini... Memang susah hendak di bayangkan, hanya gua dan Dia saja yang tahu bagaimana keperitan ini.. Gua memang cekal dan tabah orangnya..


***


Akhirnya misi gua selesai, lantas gua capai segelas air lalu minum bagi menghilangkan dahaga yang selama ini memaksa gua untuk menyerah.. Memang susah kalau nak buat rumah kucing ini kalau seorang diri.. Hanya orang seperti gua saja yang dapat melakukan nya... hahahahaha...


Pasni kucing gua kena bayar duit payment rumah pada gua la jawab nya.. hahahhaaaa... Gua ingat gua nak jadi arkitek la lepas ni.. Gua tengok gua ni macam ada cahaya dalam bidang membina ni... Gua harap ahli-ahli saintis kita dapat mencipta tukul yang tidak akan menghentam jari pengguna.. Majulah bangunan tanpa kesakitan jari... ^^



NOTA KAKI: Memang sakit dowh kalau jari kene tukul, gua hampir pengsan td.. huhuhuhuuu... ^^

Thursday, May 27, 2010

.: DUGAAN :.

Malam tadi masa gua nak tido, pinggang gua belah kanan rasa sakit sangat-sangat. Dalam hati gua mungkin sengal-sengal sebab duduk lama atas kerusi layan DotA kowt. Tanpa berfikir panjang gua terus tido je malam tadi dalam keadaan yang agak tidak selesa.


Pagi ni gua bangun.. PEEERRRGGGHHHH!!!!! Bapak sakit pinggang pinggang gua, samapai gua nk berjalan pun tak boleh. memang seksa. Gua ambil minyak dan telan panadol EXTEND. Panadol ni member gua yang syorkan pada gua masa kat kampus dulu, dia cakap memang elok. Kalau gua try tak elok jugak memang member gua tu lepas ni berbuih mulut tertelan panadol la jawabnya.


Gua nak tulis blog ni pun masih lagi sakit-sakit. Apa la nasib gua ni. Atau ni adalah dugaan untuk gua, (amboi, dah masuk ilmu agama dah.) hahahahhahaa.. Gua dah tak bole sambung dah nak tulis lagi ni. Pinggang gua rasa macam nak meletup pun ada ni.


Memang seksa nak tahan keperitan kesakitan ni taw, tapi gua sebagai lelaki muda akan steady je.. Harap-harap akan hilang kesakitan ni..



NOTA KAKI: SAKIT GLER DOWH PINNGANG NI!!!!

Saturday, May 22, 2010

Malam-malam macam ni memang sedap kalau tido. Tapi gua rasa macam nak ronda-ronda pusing kawasan rumah gua ni. Gua bukan apa, gua malas nak tido. Bagi gua tido ni sesuai dengan budak-budak baru nak ambil UPSR.

Gua nak online pun rasa macam dah bosan. Tiap-tiap hari mengadap facebook, kadang-kadang gua nak kelainan jugak. Update blog ni pun rasa macam tak ada mood. Sebab tu blog gua ni dah bersawang dan berkehidupan liar dah dalam ni.


Hari ni semua family gua pergi Family Day kat kuantan. Gua malas nak follow sebab gua dah bosan pergi Kuantan. Kalau pergi Langkawi atau Korea best juga, boleh juga gua follow. Lebih baik gua duduk rumah layan GARENA main DotA lagi best. Baru ada kick macam ni. hahahahaaa..


Dah lama gua tak tulis blog ni, gua rasa macam dah kekok nak bertulis. Macam dah tak ada power dah dalam ayat-ayat gua ni. Tapi gua still lagi steady dalam berkata-kata. Setiap kata ibarat seribu makna. Amboi, dah macam A. Samad Said dah gua ni.


Nota Kaki: Gua tak tahu ape motif gua tulis blog ni??? Korang tahu tak motif apa eh...???

Monday, April 19, 2010

Mintak Maaf Semua

Assalamualaikum...

Gua nak mintak maaf sangat-sangat sebab lama tak update blog ni. Gua bukan ape, terlampau banyak kekangan pada gua untuk melayari internet dengan tenteram sejak dua menjak ni. dah bersawang dah blog ni, gajah dan unta pun dah beranak pinak dalam blog ni..

***

Sekarang ni tangah study week, maklum la dah nak final. Gua harap final semester ni gua boleh pecah tradisi dapat result gempak dari ladang. Kalau result gua OK semester ni, gua ingat nak pergi melancung kat korea. Orang cakap nasi lemak kat sana sedap, tak tahu la sebab orang cakap-cakap la..

***

Apa-apa pun, gua harap sapa yng melawat blog ni harap mendoakan kejayaaan gua dalam final. Nanti bila keluar result OK, gua bawa semua sekali pergi korea dengan gua. Gua tengah pening kepala ni, study banyak sangat sampai pengsan gua atas meja semalam, tapi gua steady lagi pegang buku Fluid Mechanis belah tangan kanan.



Nota kaki: wish me luck k ^^

Wednesday, March 10, 2010

Kem Jati Diri

Dengar je perkataan 'kem jati diri', perasaan gua dah gusar dan gundah gulana. Gua Bukan ape, gua cuma rasa aktiviti seperti ini patut dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah atau menengah sahaja. Gua bukan bermaksud nak berdikriminasi pada mana-mana pihak. Gua cuma lontarkan sedikit idea yang agak bernas dari gua.

Terdetiknya gua nak tulis blog tentang kem jati diri ni sebab fakulti gua akan buat pogram ni minggu depan. Tu gua xtak ambil port la, yang gua panas sekarang ni gua pun terlibat. Adakah patut? Gua rasa pihak fakulti ni tak patut libatkan gua dalam pogram seperti ini.

Pogram macam ni gua rasa patut bagi pada budak-budak yang baru nak up. gua rasa jati diri gua dah cukup mantap dari luaran dan dalaman. Kalau nak diukur kekuatan jati diri gua, sampai gunung tahan pun tak tahan dengan gua.

***

"next week kamu semua akan terlibat dalam pogram ni ye!" kata pensyarah gua sambil betulkan tudung.

"mana boleh miss, kiteorang sangat busy minggu ni dan minggu depan" jawab gua dengan nada lembut.

" nak atau tidak kamu diwajibkan paham!" dengan pantas pensyarah gua jawab.


Gua dah panas hati dah. kalau nak ikutkan memang balik tak bermulut pensyarah gua tu. tapi gua stay cool sambil tumbuk meja. Memang tak patut perkara macam ni berlaku. Gua rasa perkara macam patut dipantau oleh ahli-ahli senat Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. jangan sampai gua buat rusuhan besar-besaran depan pos pengawal. Baru dieorang tahu kuasa hak sebenar seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Gua harap perkara seperti ni akan berjaya disekat secepat mungkin. Jangan sampai gua talipon Dato' Najib suruh turun padang.

Saturday, March 6, 2010

Saturday

Hari ini hari sabtu. Hari yang paling tenang. hari sabtu ni juga gua bileh tido lama sikit. gua pun tak tahu nak tulis apa lagi ni.

Paling penting malam ni gua nak Saturday Night Fever. Siapa rasa dia ada perasaan macam gua, jangan pendam kemas, lepaskan aje. Join gua malam ni.

Friday, February 19, 2010

Selamat sampai

Hari ni alhamdulillah sebab gua dah selamat sampai kat kampus uitm gua. Memang mencabar perjalanan gua dari rumah sampai kesini. Gua bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Gua gerak sorang naik vespa gua, gua berlagak steady masa tu.

Sampai kat muadzam shah member gua ada standby tunggu nak follow sama. Start dari muadzam gua rembat 2 orang je, gua naik vespa dan member gua naik EX5. Gua lari 1 jam je sampai Gambang.

Pastu gua masuk highway sebab gua nek try superman atas highway sebab ramai budak-budak rempit cakap feeling abis kalau tiarap atas highway. Gua lari 180km/h dengan vespa gua. Gua buat muka garang time tu tapi dalam hati debar-debar jugak. Ramai orang tengok gua masa tu, gua buat relax je. Memang steady gua masa tu.

***

Akhirnya gua sampai kat kampus, masa tu jam 2 petang, gua ikut jalan post B sebab gua ingat nak masuk kampus ikut gate post B kampus gua. Bila dah nak sampai je, relax je Mak Guard tutup pintu pagar, padahal dia nampak gua nak masuk. Dalam hati gua memang nak bagi penampar je tapi gua pendam kemas perasaan tu. Gua U-turn semula ikut gate utama. Sampai je kat kolej kediaman gua, gua parking vespa gua. Sempat jugak gua snap gambar 2 3 keping untuk buat kenangan.

Yang penting, vespa gua tak ada problem langsung, steady je 180km/h.


Thursday, February 18, 2010

Kembali pulang

Tadi gua dah settle servis kaburator vespa gua. Minyak hitam pun gua dah tukar. Air tayar pun gua nak pam. Body vespa gua dah polish sampai kilat.

Esok gua gerak balik kampu semula jam 9 pagi. Gua ingat nak lari 180 km/h kat ats highway. Biar kuda putih polis terpegun tengok gua pecut.

Gua tak puas hati

Malam ni gua terlihat gambar kat facebook member gua. Gambar ni betul-betul buat hati gua marah. Gua rasa macam nak kutip je mamat tu.


Gua buukan nak berdendam, tapi mamat ni dah melampau sangat. Gua nak cerita story tentang ni tak boleh sebab agak peribadi. Gua ingat gua nak basuh muka nak mengucap banyak untuk buat hati gua tenang.


Kalau sampai esok tak tenang juga, gua turun temerloh kutip mamat ni.