Wednesday, November 30, 2011
Salam
Wah.. Dah berkurun gua tak update blog ni. Kesian2 gua pada blog ni. kepada yang visit gua mintak maaf banyak. Manti hujung bulan gua belanja teh o ais ok..
Thursday, March 10, 2011
Pidato
Gua dah fikir masak-masak. Lepas ni gua nak berubah jadi seorang pidato terkemuka. Gua nak tengok jauh mana gua boleh pergi dalam dunia pidato ni.
Wednesday, March 9, 2011
Sory Dude!!
Gua rasa dah 35 tahun gua tak on dan update blog gua ni. gua bukan apa, sejak dua menjak ni, gua banyak sangat kerja nak kena buat, maklumlah pelajar katakan. hari ni gua terlintas nak post gua rasa macam ade somrthing wrong je selama ni.
3 hari lepas, member-member gua sibuk bercerita pasal blog. blog itu la blog ini lah. diaorang sembang punya la melantun, gua duduk tepi pasang telinga jugak. Ada yang cakap blog ni best, ramai orang buat untuk itu la, bla bla bla bla.....
Memang lebat sembang tu, gua dengar dari tadi. gua senyum nipis je. Gua angkat tangan mintak kira order makanan, pastu gua bangun angkat kaki. Dalam hati gua mula-mula je semangat tulis blog, pastu padam.
Thursday, November 25, 2010
.: Tajuk :.
Gua sebenarnya tak tahu apa nak di pos kan kat blog ni. Gua nak letak cerita hantu macam tak ngam, gua nak letak serita jiwang lari tajuk pula kang. Kadang-kadang gua rasa nak letak album gambar gua dari start gua kenal ABC. Baru kenal dunia orang tua-tua cakap.
Monday, November 8, 2010
.: Burung Hantu :.
Aktiviti gua sehari selepas paper final memang macam ni la, jadi burung hantu. Gua bukan terbang merayap atau fly macam waktu sekolah menengah dulu. Gua tak tido semalam. Gua jarang terpengaruh aktiviti2aktivi tak tido malam macam ni, tapi sellem dan chong ni yang menjadi batu api supaya gua tewas.
Semalam gua, sellem, dan chong berbual kosong. Topik masa depan dan berapa orang anak adalah topik yang selalu dibangkitkan oleh Sellem, bagi Chong pula, topik kawin empat selalu di usulnya. Gua dah pening kepala melayan karenah dua ekor budak ni. Tapi gua maintain steady je, gua layan cerita dieorang sampai dengan gua sekali tido tepi dinding.
p/s: Gua ingat kalau malam esok jadi macam ni lagi, gua order tongkat ali untuk tahan. Tak pun gua lempang sorang-sorang 0.o
Saturday, November 6, 2010
.: Malam Aneh :.
Malam ni memang aneh. Sellem dan Chong study bersungguh-sungguh. Tak pernah jadi macam ni. Gua ingat nak sepak sorang-sorang baru sedar.
.: Pening Kepala :.
Hari ini antara hari yang paling gua stress, hanpir-hampir gua hentak kepala kat dinding toilet tadi. Esok gua ade paper lagi, study ni pon aras-aras hidung je. Gua ingat nak telan panadol, tapi nanti kompom gua lelap. Gua rasa syarikat panandol perlu buat panadol untuk student yang stress mcm gua, bukannya panadol yang masuk air terus hilang.
p/s: kalau stress mandi lama-lama, kompom hilang stress tapi dapat demam la. 0.o
p/s: kalau stress mandi lama-lama, kompom hilang stress tapi dapat demam la. 0.o
Friday, November 5, 2010
HUJAN
hari ini hujan lebat bangat, sampai gua bawa kereta tak nmpak jalan.. nyaris gua tempuh nenek melintas jalan tadi.. tapi gua tabik nenek tu sebab cool n tnjuk o0o kat gua td...
Friday, September 17, 2010
Saturday, June 19, 2010
.: Jari Telunjuk :.
Hari ini memang ajaib sebab gua bangun awal jam 9 pagi.. selama ini gua bangun paling awal pun pukul 2 petang.. Memang macam ni gua punye jadual..
Pagi tadi gua bangun awal sebab gua ada misi penting, bukan calang-calang oranG yang booleh laksanakan misi ini.. dengan membekalkan segala kelengkapan yang mantap, gua terus menjalankan misi gua dengan pantas..
***
Setelah hampir 90% misi itu dilaksanakan, jari telunjuk gua terhentak kemalangan yang ngeri... laungan merdu pantas gua lontarkan dengan spontan nya.. diiringan dengan esakan dan usapan laungan itu semakin rendah picthing nya..
Walaupun perit, gua masih steady meneruskan misi ini walaupun tenaga gua hampir separuh hilang akibat menahan keperitan ini... Memang susah hendak di bayangkan, hanya gua dan Dia saja yang tahu bagaimana keperitan ini.. Gua memang cekal dan tabah orangnya..
***
Akhirnya misi gua selesai, lantas gua capai segelas air lalu minum bagi menghilangkan dahaga yang selama ini memaksa gua untuk menyerah.. Memang susah kalau nak buat rumah kucing ini kalau seorang diri.. Hanya orang seperti gua saja yang dapat melakukan nya... hahahahaha...
Pasni kucing gua kena bayar duit payment rumah pada gua la jawab nya.. hahahhaaaa... Gua ingat gua nak jadi arkitek la lepas ni.. Gua tengok gua ni macam ada cahaya dalam bidang membina ni... Gua harap ahli-ahli saintis kita dapat mencipta tukul yang tidak akan menghentam jari pengguna.. Majulah bangunan tanpa kesakitan jari... ^^
NOTA KAKI: Memang sakit dowh kalau jari kene tukul, gua hampir pengsan td.. huhuhuhuuu... ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)